FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.


@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI

Hoax: Siswa Non-Muslim di Malaysia Disuruh Makan di Toilet

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

solved Hoax: Siswa Non-Muslim di Malaysia Disuruh Makan di Toilet

Post by Penyaran on Thu Jul 25, 2013 12:11 pm


Salah satu foto yang dimuat dalam situs www.mazidulakmal.com menampilkan para guru Sekolah Kebangsaan Sri Pristina berbuka puasa di ruang ganti yang dikabarkan sebagai toilet sekolah. | www.mazidulakmal.com

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Beredarnya berita sejumlah siswa non-Muslim di sebuah sekolah negeri di Malaysia terpaksa makan di "toilet" memicu perdebatan dan pro-kontra di dunia maya.

Pada saat media massa Malaysia memberitakan kabar heboh ini, sejumlah blog tak mau ketinggalan membahas isu hangat itu.

Sejumlah blog bahkan mencoba mencari tahu duduk perkara sebenarnya dari masalah ini.

Sebuah blog bernama batuvskayu.blogspot.com adalah salah satu media sosial internet yang mencoba mengabarkan sisi lain berita ini.

Dalam edisi Rabu (24/7/2013), blog ini memuat pernyataan pria India yang mengaku telah mengunjungi sekolah Sri Pristina di Selangor yang menjadi bahan pemberitaan.

Tulisan lelaki India yang tak disebutkan namanya itu pada intinya mengatakan tempat yang disebut "toilet" itu ternyata bukan toilet sebenarnya yang biasa digunakan untuk membuang hajat.

Tulisan itu menjelaskan bahwa tempat itu adalah sebuah ruang ganti pakaian yang diubah fungsinya sebagai pengganti kantin yang tengah direnovasi.

Di dalam ruangan itu tak ada satupun toilet dan oleh pihak sekolah disediakan meja dan kursi bagi para siswa yang makan di tempat itu.

Perubahan fungsi ruang ganti menjadi ruang makan ini sudah dilakukan jauh sebelum bulan Ramadhan.


Sementara itu situs www.ohtidak.com menyebut berita soal siswa non-Muslim yang dipaksa makan di "toilet" merupakan berita yang misleading.

Media, lanjut situs ini, sudah memberikan pengertian salah terkait situasi di sekolah tersebut. Sehingga membuat masyarakat memberikan pendapat negatif kepada sekolah tersebut.

Situs ini juga memuat sejumlah foto yang menunjukkan bahwa ruang makan tersebut sejatinya bukannya sebuah toilet.

Kesaksian sejumlah orang juga dimuat situs ini. Semua keterangan saksi yang dimuat menyatakan bahwa ruangan makan itu memang bukan toilet melainkan kamar ganti pakaian.

Sedangkan blogger lain melalui situsnya www.mazidulakmal.com menulis ruang ganti yang berubah fungsi itu tak hanya digunakan siswa non-Muslim sekolah itu.

Para guru yang berbuka puasa pun menggunakan ruangan tersebut, karena ruang kantin masih dalam perbaikan.


Tak lupa situs ini menyertakan sejumlah foto suasana di dalam ruang makan darurat tersebut.

http://internasional.kompas.com/read/2013/07/24/1912152/Kabar.Siswa.Makan.di.Toilet.Hebohkan.Dunia.Maya.Malaysia

Penyaran
LETNAN SATU
LETNAN SATU

Male
Posts : 2559
Join date : 03.01.12
Reputation : 115

Kembali Ke Atas Go down

solved PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH

Post by Penyaran on Thu Jul 25, 2013 12:19 pm

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.

Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.


Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.

Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.


http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pembetulan-fakta-dakwaan-kononnya.html

Penyaran
LETNAN SATU
LETNAN SATU

Male
Posts : 2559
Join date : 03.01.12
Reputation : 115

Kembali Ke Atas Go down

solved GAMBAR BILIK PERSALINAN SEKOLAH SRK SERI PRISTANA (BUKAN BILIK AIR) EKSKLUSIF!!!

Post by Penyaran on Thu Jul 25, 2013 12:32 pm

Terima kasih kepada semua pembaca saya muliakan. Sumber saya berada di SRK Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor tengahari tadi.

Setelah saya paparkan entri terdahulu, klik di sini, sebilangan pembaca melontarkan pandangan mereka hanya berasaskan TANGGAPAN bukan FAKTA. Pada awalnya, saya hanya ingin memperbetulkan fakta ditulis oleh blogger pro pembangkang, BILIK AIR dan BILIK PERSALINAN, dua premis berbeza.

Pada masa sama, saya TIDAK langsung melontarkan pandangan berhubung status keselesaan bilik persalinan digunakan sebagai tempat makan pelajar sekolah sejak kira-kira 4 bulan lalu. Oleh itu USAH mencatatkan komen berlandaskan TANGGAPAN.

Apapun, izinkan saya berkongsi beberapa gambar dirakamkan di sekolah sama untuk menjelaskan kepada mereka terkeliru.

"Sekolah ini mempunyai 1,373 pelajar dan saiz kantin terkini tidak mampu menampung kesemua pelajar pada satu satu masa. Bermula pada bulan Mac 2013, BILIK PERSALINAN pelajar perempuan (BUKAN bilik air) telah dinaiktaraf dan dijadikan tempat makan pelajar apabila kantin sekolah penuh," ujar sumber.


"Ada ke shower di dalam bilik persalinan itu sehingga boleh menjadikan suasana lembab dan berbau?," tanya saya.


"Shower heads telah diterbalikkan. Pelajar hanya dibenar menggunakan sinki sahaja untuk membasuh tangan selepas makan. Ruang itu dijaga bersih dan berbau wangi. Sebelum bulan puasa, setiap kali kantin sekolah 'melimpah', selain daripada pelajar India dan Cina, pelajar Melayu juga menggunakan ruang sama sebagai tempat makan dan minum," katanya.


"Ada ke kebaragkalian pelajar kencing di dalam BILIK PERSALINAN itu lalu menjadikan ruang itu tidak sesuai untuk pelajar makan?," tanya saya lagi.

"Memang pihak sekolah melekatkan kertas sebagai tanda peringatan di pintu. Shower juga tidak beroperasi. Jadi tiada pelajar kencing di dalam ruang makan itu," jelasnya.


Saya dimaklumkan TIADA wartawan media elektronik dan cetak dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Di peringkat negeri, kenyataan rasmi hanya boleh dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Selangor selain daripada menteri.

"Mengapakah pelajar tidak makan di dalam kelas? Atau dibinakan kanopi untuk mereka berteduh buat sementara waktu?," soalan saya menyusul.

"Mengikit peraturan di sekolah, pelajar dilarang makan di dalam kelas. Pembinaan kanopi pula pastinya akan membabitkan kos tertentu," jawab sumber tenang.

Terkini, Timbalan Menteri Pendidikan dilapor telah mengarahkan operasi ruang makan itu dihentikan dengan serta-merta.

"Kerja menggantikan pintu kantin sekolah dijalankan di antara 19 dan 23 Julai sahaja. Selepas ini, esok 24 Julai, semua pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan kembali kantin seperti biasa," tambah sumber saya lagi.

Apapun, FAKTA tetap FAKTA.

Bilik air dan bilik persalinan, BERBEZA. Kita boleh kencing di bilik air kerana ada mangkuk tandas tetapi tidak di bilik persalinan. Tambahan pula selepas kemudahan untuk mandi diberhentikan. LEBIH penting, jangan kencing orang secara keterlaluan. Usah mempolitikkan isu sedangkan jalan penyelesaian mampu digarap.

http://www.mazidulakmal.com/2013/07/gambar-bilik-persalinan-sekolah-srk-sri.html

Penyaran
LETNAN SATU
LETNAN SATU

Male
Posts : 2559
Join date : 03.01.12
Reputation : 115

Kembali Ke Atas Go down

solved PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN ( WAKIL PIBG, PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN GURU MAKAN DI MANA?) DAHSYAT SUNGGUH!

Post by Penyaran on Thu Jul 25, 2013 12:41 pm

Pada bulan Mac 2010, saya menjalankan tugas di Kampung Beting, Jakarta, Indonesia. Tandas ratusan penduduk setinggan tanpa dokumen sah di negara sendiri itu terletak DI LUAR rumah. Saya meniti jambatan di kampung itu untuk bergerak dari rumah ke rumah, melakukan tinjauan.


Tersilap langkah, air najis agak pekat berwarna hitam dan coklat menunggu saya di bawah.

Kedudukan tandas di kampung setinggan itu amat jauh berbeza dengan lokasi tandas di kebanyakkan kondominium, apatmen dan pangsapuri di Malaysia. Tandas DI DALAM rumah dan acapkali kita menjamah makanan di hidangkan di atas meja terletak kurang 2 meter dari tandas. Namun kelompok hidup kaya raya, menetap di banglo besar, barangkali berbeza. Ruang rumah mereka lebih luas, tandas agak jauh dari meja makan tetapi ruang membuang najis itu masih DI DALAM rumah.

Tidak mustahil, sesekali, sewaktu kita makan, bunyi pengguna tandas di rumah sedang membasuh berak pun boleh didengari dari meja makan namun makanan masih terus disumbat ke mulut. Itu pun kalau berak berbasuhlah. Ada juga saatnya, kita terdengar pengguna tandas di rumah terkentut kuat, berak cair tercirit dan bau najis turut menyelinap keluar secara perlahan dari tandas tetapi kita tidak berhenti makan, mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja.

Biarpun berulang kali dinyatakan di entri terdahulu, pelajar SRK Seri Pristana TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR, sebilangan pembaca tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan, bermula Mac lalu, BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan dan kemudian dinaiktaraf. Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit tidak berbau busuk, jauh sekali kotor.

Pelajar di sekolah sama juga diterapkan dengan kempen menjaga tandas di kawasan sekitar agar sentiasa bersih. Maksudnya, TIADA tandas di dalam bilik persalinan itu, seperti kedudukan tandas di dalam rumah, tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar.

"Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan terbabit bersama wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG, serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk pulang ke rumah sebelum maghrib. Jadi kami membuat keputusan berbuka di ruang sama selepas doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.

Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK Seri Pristana, Hussein Mohd Ariff.

"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas oleh sebilangan orang," kata Hussein.


Apapun bermula hari ini, pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan kantin sekolah seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian selesai.

Kepada semua pelajar di SRK Sri Pristana, tanpa mengira bangsa dan agama, saya ingin mengucapkan selamat menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna di masa akan datang.

Sebilangan daripada mereka, barangkali akan menjadi pengendali blog TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk mengikut telunjuk sesiapa tatkala mencatatkan fakta di blog.

*** Kasihan dan simpati kepada blogger amenoworld, terpaksa menciluk gambar daripada blog ini (dirakamkan semalam di lokasi). Kalau sungguh hendak mempolitikkan isu ini, tidak perlu sampai begitu sekali.

http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pelajar-makan-di-bilik-persalinan-wakil.html

Penyaran
LETNAN SATU
LETNAN SATU

Male
Posts : 2559
Join date : 03.01.12
Reputation : 115

Kembali Ke Atas Go down

solved FAKTA PENTING: Isu Makan Dalam 'Tandas'

Post by Penyaran on Thu Jul 25, 2013 12:49 pm


Semalam kecoh di laman-laman sosial apabila sekeping gambar yang menunjukkan pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buloh yang dikatakan terpaksa makan di dalam ‘tandas’ akibat kantin ditutup.

Terlalu banyak mulut yang bukan sahaja mempersoalkan isu tersebut tetapi juga menghentam tindakan pihak pengurusan sekolah tanpa mengetahui fakta yang sebenar.

Memetik daripada sebuah blog yang ditulis oleh seorang lelaki berbangsa India, dia sendiri telah melawat sekolah tersebut berhubung isu yang dibangkitkan dan seolah kecewa dengan khabar angin yang dibawa.

Berikut merupakan beberapa fakta yang anda perlu tahu berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh lekai tersebut.

1. Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Guru Besar yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013 dan bukan baru seperti yang dinyatakan dalam beberapa blog. Ini adalah salah satu inisiatif Guru Besar untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai “kantin”. Maka, hentikan sentimen perkauman di sini.

6. Sebenarnya TIADA, saya ulang TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda “tandas” (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda “tandas” tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Kenapa tak guna perpustakaan atau kelas? Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di Facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup “kantin sementara” dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.


Justeru, dalam isu sebegini kita seharusnya fikir secara waras.

Takkan Guru Besar sesebuah sekolah itu berada di tahap yang terlalu ‘bodoh’ hingga membiarkan anak muridnya makan di dalam tandas yang berbau busuk.

Secara rasional, Guru Besar sekolah tersebut telah bertindak secara bijak dengan menyediakan ‘kantin’ sementara yang mempunyai fasiliti seperti sinki.

Guru-guru masih lagi mempunyai sifat kemanusiaan serta prihatin terhadap perubahan semasa.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlulah menangani isu tersebut secara segera supaya isu tersebut tidak lagi berlanjutan.

Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri harus segera menambah baik keadaan kantin di sekolah tersebut supaya para pelajar dapat menikmati keselesaan seperti pelajar-pelajar di sekolah lain.

Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut yang terlewat pulang semasa membuat tinjauan terpaksa berbuka di dalam ‘kantin’ sementara itu.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang dihantar oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristana, Hussein Mohd Ariff.





http://mynewshub.my/?p=179370

Penyaran
LETNAN SATU
LETNAN SATU

Male
Posts : 2559
Join date : 03.01.12
Reputation : 115

Kembali Ke Atas Go down

solved Lihat Red Bean Army Beraksi Live Dalam Isu Makan Di Tandas

Post by Penyaran on Thu Jul 25, 2013 12:53 pm


Ingat lagi pada malam pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 ketika isu blackout mula kecoh, tidak sampai setengah jam sebuah video klip bagi menyindir kejadian itu siap dimuat naik ke Youtube.

Bayangkan….dalam setengah jam…boleh siap cari ilham, shoot dan edit dan ada budak bodoh mengaku lulusan IT cakap semua itu boleh dibuat setengah jam….yelah tu samdol.

Berita yang ditulis Mynewshub mengenai tindakan Red Bean Army Cina DAP yang merancang isu blackout itu dengan gambar dan video berhari-hari sebelum kejadian berkenaan didakwa berlaku.

Kali ini, mereka buat lagi. Isu Sekolah Kebangsaan Sri Pristina di Sungai Buloh dijadikan isu yang begitu hangat dan hanya beberapa jam selepas ia panas, parodi mengenainya tersebar. Tonton parodi itu dipenghujung rencana ini.

Modus operandi yang sama digunakan Ah Beng Ah Beng Red Bean Army nampaknya.

Sebenarnya, isu melibatkan SK Sri Pristina sudah terbukti sebagai salah faham dan berpunca daripada tindakan melulu ibu bapa yang tidak membuat sebarang usul periksa sebelum meletakannya ‘kemarahan’ mereka di media sosial.

Atau mungkin ia dimulakan Red Bean Army sendiri…. Akaun Guneswari Kelly yang mula-mula menghangatkan kejadian itu walaupun meletakan beberapa gambar keluarga India, sebenarnya ia adalah akaun palsu. Banyak kandungan akaun itu yang boleh dipertikaikan.

Mereka nampak ada ruang untuk mewujudkan masalah dalam isu SK Sri Pristina, maka mereka atur langkah dengan begitu licik sekali.

Apa pun, kes di sekolah itu mula dimainkan dari sudut perkauman kononnya pelajar India disuruh makan di tandas. Terbukti ia bukan tandas sebaliknya bilik persalinan yang tidak digunakan dan sudah diubah suai.

Ia digunakan sejak Mac lalu, bermakna di luar Ramadan, pelajar Islam atau Melayu pun makan di situ.

Di kalangan masyarakat India, ramai yang pada asalnya marah kemudian boleh menerima apa yang berlaku itu.

Cuma yang menjadi pertikaian seterusnya ialah takkan sekolah tak boleh sediakan tempat yang lebih baik.

Timbul juga pandangan bodoh mengapa tidak makan di perpustakaan atau bilik darjah.

Sekolah itu dah sedia kala mempunyai jumlah murid yang terlalu ramai, kalau perpustakaan dijadikan tempat makan, macam mana bebudak nak belajar dengan aman. Kalau bilik darjah mula dijadikan tempat makan, kat mana bebudak nak menuntut ilmu.

Kebetulan ada bilik persalinan yang dilihat sesuai, pengetua dan guru-guru yang ada merasakan ia boleh digunakan untuk pelajar makan di situ, bukan untuk budak India tetapi semua budak yang ada.

Lembu buta pun tahulah niat pengetua tu baik. Sebab kantin tak cukup luas, daripada makan tepi longkang atau bawah panas matahari, makanlah di bilik persalinan yang sudah diubah itu.

Simpati betul niat guru besar berkenaan disalah ertikan. Mungkin beliau pun tidak terfikir bilik persalinan boleh jadi isu besar sedangkan guru-guru sekolah berkenaan pun siap buat bukak puasa di bilik itu.



Isu berkaitan di mana budak sekolah berkenaan asalnya dapat dibincangkan dengan baik sehinggalah puak Cina DAP mula masuk campur dan menjadi batu api.

Memang impian jadi nyata untuk puak Red Bean Army kalau mereka dapat melagakan orang Melayu dan India. Benci kepada orang Melayu akan diterjemah sebagai benci kepada kerajaan. Benci kepada kerajaan akan menguranngkan undi masyarakat India kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. Itu sahaja matlamat mudah yang hendak dicapai.

Dalam isu makan di tandas ni, ada dua kumpulan Red Bean Army Cina DAP yang memainkan peranan.

Satu yang menggunakan nama Guneswari Kelly yang mula menghangatkan isu ini.

Kedua, watak seperti Wen Xin Hu dan Chan Wei See yang secara tiba-tiba muncul dan mula menghambur kata-kata perkauman.



(Klik untuk besarkan saiz gambar – Lihat, asalnya semua mahu mengelak bercakap dari sudut perkauman dan tiba-tiba muncul watak Wen Xin Hu yang mula memainkan sentimen kaum dan merendahkan masyarakat India yang tidak mahu mengutuk orang Melayu)

Lagi bukti;



Akaun-akuan palsu menggunakan nama masyarat India pula mula digunakan kemudiannya…berakhir dengan ia mula menjadi isu perkauman antara masyarakat Melayu dan India.

Kalau anda lihat printscreen di bawah, ternyata masyarakat India sendiri pasal asalnya meminta perkara itu diselidik dan tidak dijadikan perkara perkauman.

Masyarakat Melayu juga seperti itu….kemudian, datanglah puak-puak Red Bean Army mula memainkan isu perkauman. Dari status yang merbahaya kepada komen-komen yang menyakitkan hati sehingga kepada klip parodi disusun dengan baik sekali.

Soalnya sekarang…sampai bila kita akan terus diperbodohkan puak-puak Red Bean Army Cina DAP ni semua? Dari sebelum pilihan raya hingga kini, kumpulan itu memainkan peranan dalam memecah belahkan rakyat negara ini.

Dari isu kaum…kini isu agama pula…takkan kita sebagai rakyat akan diam dan menerima tindakan orang memperbodohkan kita!

http://mynewshub.my/?p=179413

Penyaran
LETNAN SATU
LETNAN SATU

Male
Posts : 2559
Join date : 03.01.12
Reputation : 115

Kembali Ke Atas Go down

solved Re: Hoax: Siswa Non-Muslim di Malaysia Disuruh Makan di Toilet

Post by Penyaran on Thu Jul 25, 2013 1:05 pm

bahkan situs sampah macam Faith Freedom & Bukti Dan Saksi pun sampai tertipu karenanya

indonesia.faith freedom.org/forum/selama-puasa-siswa-non-muslim-malaysia-terpaksa-makan-di-to-t52630/

http://buktidansaksi.com/blogs/1193/2013/07/Selama-Puasa-Siswa-Non-Muslim-Malaysia-Terpaksa-Makan-di-Toilet-

ketawa guling gemetar tidaaaak lol ngakak

Penyaran
LETNAN SATU
LETNAN SATU

Male
Posts : 2559
Join date : 03.01.12
Reputation : 115

Kembali Ke Atas Go down

solved Re: Hoax: Siswa Non-Muslim di Malaysia Disuruh Makan di Toilet

Post by Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik