FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.


@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI

meninjau perkembangan janin

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

meninjau perkembangan janin

Post by keroncong on Sun Dec 18, 2011 3:49 pm

Orang-orang barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian
di antara agama dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir
barat untuk menerima hakikat boleh ada satu titik pertemuan di antara agama dan
sains. Kitab Bible yang diimani orang Kristian mempercayai kononnya pokok yang
mana Nabi Adam ‘alaihissalam telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu. Justeru,
selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak
baginda ‘alaihissalam ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah
membazirkan 2 kurun bertelingkah dan berdebat samada mahu atau tidak menerima
ilmu sains daripada orang-orang Islam.



Pihak Gereja memfatwakan bahawa
usaha mengkaji ilmu sains adalah punca kepada dosa asal (‘original sin’) Nabi
Adam ‘alaihissalam. Mereka memberikan bukti-bukti bersumberkan Kitab Injil
Perjanjian Lama (‘Old Testament’) yang menceritakan bahawa dengan memakan buah
dari pohon terlarang itulah Nabi Adam ‘alaihissalam telah mendapat ilmu. Lantas
Allah subhanahuwata’ala murka kepadanya dan tidak mahu mengampunkannya. Justeru,
suatu masa lampau pihak gereja menganggap ilmu sains sebagai suatu perkara yang
perlu dijauhi.






Akhirnya apabila golongan
tidak-percayakan-tuhan (‘free-thinkers’) dan ahli-ahli sains dari barat berjaya
mengekang kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil sikap yang
bertentangan dan sekaligus mengurangkan pengaruh ugama. Mereka membuat semua
perkara yang keterlaluan demi menjayakan usaha mengekang kuasa gereja dan
mengurangkan pengaruhnya supaya menjadi kecil dan tidak penting lagi.






Justeru, jika and membincangkan isu
agama dan sains dengan seorang orang barat, dia akan terpinga-pinga. Mereka
tidak tahu apa itu Islam. Mereka tidak tahu bahawa Islam amat menghormati ilmu
dan para cendikiawan; bahawa Islam menganggap para ahli ilmu sebagai saksi
bersama-sama dengan malaikat tentang hakikat bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah subhanahuwata’aala sebagaimana firmannya
(surah 3: ayat 18) bermaksud:




"Allah menerangkan (kepada
sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan
keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan
menerangkan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."




Dan Allah s.w.t Yang Maha Agung dan
Maha Suci juga berfirman (surah 47: ayat 19) bermaksud:




"Oleh itu, maka tetapkanlah
pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah
silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman- lelaki
dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di
dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."




Al-Quran dengan jelas menyatakan
sebab mengapa Adam alaihissalam. itu lebih diutamakan berbanding
malaikat-malaikat ialah kerana ilmu yang Allah subhanahuwata ‘ala berikan
kepadanya. Kisah-kisah di dalam al-Quran bercanggah dengan kisah-kisah Bible.
Umat Islam percaya keaslian Injil telah diubah. Menurut al-Quran, hakikat bahawa
Adam alaihissalam diberikan ilmu merupakan satu penghormatan dan bukannya punca
baginda ‘alaihissalam dibuang dari Syurga. Justeru, jika kita berbincang tentang
Islam dan sains dengan pemikir barat, mereka lebih menjurus untuk berdebat
dengan andaian yang sama dengan pandangan agama mereka (Kristian) terhadap ilmu
itu. Oleh kerana itu, pemikir barat merasa amat terkejut bila mereka didedahkan
dengan fakta-fakta dari al-Quran dan Hadis.




Salah seorang daripada mereka ialah
Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan ‘Obstetrics’ dan ‘Gynecology’ (Kajian
Janin), dan Profesor di bidang molekul dan Genetik Manusia di Kolej Perubatan
Baylor, Houston, Amerika Syarikat. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor
Simpson bertegas untuk mengesahkan
ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Namun, kami telah berjaya meyakinkan
beliau. Kami bentangkan kepadanya ayat-ayat al-Quran yang membincangkan tentang
perkembangan janin. Kami buktikan kepadanya bahawa al-Quran menyatakan tentang
pembentukan kromosom (‘chromose’) dan daya-pewarisan (‘hereditary’) hanya
berlaku setelah benih (dari air mani) bercantum dengan telur wanita (‘ovum’).
Sebagaimana yang kita tahu, ‘chromosome’ sememangnya menentukan bentuk fizikal
yang akan diwarisi oleh bayi itu nanti seperti warna mata, kulit, rambut, dan
sebagainya.




Justeru, banyak keadaan yang akan
diwarisi oleh seseorang manusia sudahpun ditetapkan di dalam kromosomnya.
Kromosom ini mula terbentuk ketika peringkat awal lagi (peringkat ‘nutfah’)
dalam pembentukan janin. Dengan kata lain, bentuk dan keadaan seorang manusia
sudahpun ditetapkan ketika peringkat awal lagi- peringkat ‘nutfah’. Allah
subhanahuwata’ala Yang Maha Suci dan Maha Agung menyatakan fakta ini di dalam
al-Quran (Surah Abasa, 80: ayat 17-19) bermaksud:




"Binasalah hendaknya manusia
(yang engkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari
apakah ia diciptakan oleh Allah?- Dari air mani diciptakanNya, serta
dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk menjadi
bertanggungjawab".




Ketika 40 hari didalam kandungan,
semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk secara
berperingkat-peringkat. Kita boleh melihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa
organ-organ mula dibentuk dan diatur, dan janin itu nampak seperti terpusing.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم s.a.w. bersabda yang bermaksud:




"Untuk setiap kamu,
bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40
hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).




Di dalam hadis yang lain, Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:


"Selepas 42 malam daripada
(‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan
telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, "Ya Allah,
adakah ia lelaki atau perempuan?" dan Allah akan menentukan jantinanya
sebagaimana yang Dia suka"


(Riwayat
Muslim).









Profesor Simpson mengkaji dua Hadis
in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa ketika 40 hari pertama
kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan
pembentukannya. Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di dalam satu
persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua Hadis itu telah
memberikan satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40
hari. Sebagaimana yang telah pun disebut oleh penceramah lain, dua hadis ini
tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika
itu.




Profesor Simpson menyatakan bahawa
agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat sebagaimana yang
kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah ada seorang ahli
sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam, boleh
mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan
anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang
itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang
disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda
memahami perjalanan kilang berkenaan.




Profesor Simpson berkata: Justeru,
saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama,
tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan
yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat al-Quran yang
terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu
datangnya dari Allah.




Itu sememangnya benar. Seharusnya
umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat ilmu ke
tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana menggunakan
ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci dan
mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
sallalahualaihiwasallam.




Allah subhanahuwata’ala berfirman
yang bermaksud:




"Kami akan perlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang
terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas
kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
meyaksikan tiap-tiap sesuatu?"


(Surah Fussilat, 41: Ayat
53)




Setelah menyedari melalui
contoh-contoh keajaiban sains di dalam al-Quran dan daripada maklumbalas para
saintis sendiri, marilah kata tanya beberapa soalan ini:


a) Adakah satu kebetulan sahaja
bahawa penemuan terbaru sains di pelbagai bidang itu telah dinyatakan dengan
tepat tentangnya di dalam Al-Quran?


b) Mungkinkah al-Quran itu ditulis
oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sallalahu’alaihiwasallam
atau oleh suatu yang bukan-manusia?




Hanya ini sahaja jawapan yang
munasabah: al-Quran itu adalah perkataan Allah subhanahuwataala yang
diwahyukanNya. Al-Quran ialah perkataan-perkataan Allah secara langsung
(‘literal’) yang Dia wahyukan kepada nabiNya Muhammad sallalahu’alaihiwasallam
melalui malaikat Jibrail alaihissalam. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sallalahu’alaihiwasallam
menghafal wahyu-wahyu itu. Kemudiannya sahabat-sahabat baginda
sallalahu’alaihiwasallam pula menghafal ayat-ayat itu, menulisnya dan
mengulang-kaji hafalan mereka dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
sallalahu’alaihiwasallam.




Selain daripada itu, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
sallalahu’alaihiwasallam mengulang-kaji hafalan al-Quran itu dengan malaikat
Jibaril alaihissalam setiap tahun di bulan Ramadan. Di tahun terakhir hidupnya,
baginda mengulangkaji hafalan dengan Jibrail sallalahu’alaihiwasallam sebanyak
dua kali. Sejak dari hari Al-Quran diwahyukan sehingga ke hari ini, ramai
orang-orang Islam yang menghafal kesemua ayat-ayat Al-Quran, perkataan demi
perkataan. Sesetengahnya berupaya menghafal al-Quran ketika berumur 10 tahun
lagi. Justeru, bukan suatu yang pelik bila ditegaskan bahawa tiada satu pun isi
al-Quran yang telah berubah sejak zaman berzaman sehinggalah
sekarang.




Al-Quran yang diturunkan 14 kurun
yang lalu telah menyatakan dengan tepat fakta-fakta yang baru sahaja ditemui
oleh ahli sains. Ini jelas membuktikan Al-Quran itu adalah firman-firman Allah
yang diwahyukan olehNya kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sallalahu’alaihiwasallam Selain
dari itu, ia juga membuktikan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sallalahu’alaihiwasallam adalah
seorang Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah subhanahuwata’ala.




Tidak munasabah untuk mengatakan
seseorang manusia pada 1400 tahun lalu tahu tentang penemuan sains yang hanya
ditemui hari ini dengan pertolongan alat-alat canggih dan kaedah-kaedah yang
sukar.
avatar
keroncong
KAPTEN
KAPTEN

Male
Age : 64
Posts : 4535
Kepercayaan : Islam
Location : di rumah saya
Join date : 09.11.11
Reputation : 67

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik